cerita aku cerita kita cerita semua
kau boleh berjaya dalam hidup dengan apa yang kau ada.. Tak perlu ikut orang lain, sehingga kau rasa kau tak hebat seperti mereka. Kau kena yakin pada Allah dan bersyukur pada Allah dengan apa yang kau ada.. aku cuma nak kata.. ambil segala pengajaran dalam hari yang kau temui.. kerana... setiap hari ada pengajaran.. cari diri kau..dalam hari-hari itu.
Tuesday, 10 January 2017
Pengantara Dia dan kita...
Setiap hari ada pengajaran...
Selamat hari yang bahagia buat korang semua yang membaca... senyum untuk setiap masa :)
hari ini, nampak seperi hari biasa yang aku dan kita semua lalui.. Tapi kisah hari ini, pasti berbeza dengan hari-hari semalam yang kita semua lalui.. untuk cerita hari ini,...
Terima kasih kawan...komen korang buat aku sedar yang kita perlu untuk biasa-biasa sahaja.. :)
Hari ini, pagi-pagi lagi aku dah upload satu gambar dekat instagram. Gambar biasa lalu aku pahat caption juga seperti biasa. namun dari caption biasa itu, aku hastag perkara yang tak biasa seperti selalu. hastag apa?? tak perlu kamu semua tahu.. hihi
lalu daripada hastag tersebut kawan-kawan aku mula komen.. komen biasa sekadar gurauan.. aku tahu kerana mereka kawan-kawan.. komen berkaitan dengan hastag tersebut..
jujur untuk saat itu, rasa sedih sikit. sikit la...hehe.. namun, bila fikir balik, mungkin ada sebab perkara tersebut berlaku..,, mungkin itu satu teguran dari Allah buat aku bahawa tak perlu untuk tunjuk semua yang kita lakukan. tak perlu untuk kongsi semua yang kita ada.. jadilah biasa-biasa selagi yang biasa-biasa itu tak menjatuhkan kita... senyum :)
Satu pesanan aku....
Dalam hidup ini, fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu, apa sahaja yang kau rasakan jangan selalu luahkan terutama di media sosial... apa yang kau punya, apa yang kau lakukan cuba untuk kau sederhana kongsikan...
untuk hari ini....
terima kasih untuk pengajaran...
9 januari 2016
Thursday, 5 January 2017
Tahun Baru...
![]() |
| selamat menjalani liku-liku untuk satu perubahan |
Setiap hari ada pengajaran.....
Mungkin tidak terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2017... Tahun baru masihi tiba lagi.. pantas bukan masa berlalu?. masa yang tidak pernah menunggu, walau untuk satu detik..
untuk tahun yang berganti, pasti keadaan juga berbeza.. tiada yang sama. jika masih ada persamaan pun, mungkin masih ada perbezaan. Lumrah bukan, untuk tahun baru pasti ramai punyai azam yang baru. aku juga tidak terkecuali, mempunyai dan memiliki azam baru.
Untuk hari ini, masih punya pengajaran,
walau tahun sudah berganti, namun kisah semalam bukan suatu perkara mudah untuk kita lupai. Kisah semalam yang manis, mungkin boleh jadi semangat dan buat diri kita tersenyum manis. namun sebenarnya kisah pahitlah yang boleh jadikan diri lebih baik dari kisah manis yang telah kau lalui..
Untuk hari ini,... sedang menjalankan tugas sebagai pelajar praktikal, tiba-tiba, aku terbuka satu kisah aku yang telah lama berlalu. Perasaan yang sukar untuk digambarkan. walau kisah ini sudah lama berlalu, namun, aku masih ingat bertapa pahitnya apa yang dilalui suatu ketika dahulu, namun hari ini aku dapat lihat hikmah di sebalik perkara ini berlaku. mungkin tidak perlu aku ceritakan kisah ini.
namun, ingin aku pesan, sebagai pengajaran bukan untuk aku, tapi untuk kita semua, sentiasalah positif dengan Pencipta kita, Allah Taala. Jika hari ini, Allah datangkan suatu ujian sehingga satu tahap kau rasa kau tak mampu untuk hadapi, namun suatu hari nanti kau akan tersenyum dan kau kata terima kasih Allah untuk ujian suatu ketika dahulu yang telah engkau beri.
Menjadi positif untuk diri, takkan pernah kecewakan aku, engkau dan kita semua dan paling utama, Jika kau positif atas takdir Allah yang telah DIA beri, resah gelisah, putus asa yang ada dalam diri pasti akan pergi...
Cubalah, jadi positi untuk tahun baru ini... mungkin tahun ini tahun terbaik yang kau akan lalui...
-untuk hari ini- :)
Tuesday, 20 December 2016
PAK CIK ITU...
![]() |
| al Fatihah buat mu ayah :') |
aku mulakan entry aku yang pertama dengan kisah aku ditempat praktikal. Yaa....aku praktikal lagi. Praktikal kali kedua bagi memenuhi syarat untuk aku konvo. Praktikal aku yang pertama di sebuah penjara. Mungkin akan aku cerita tentang pengajaran yang aku dapat ketika di praktikal disana pada entry seterusnya. oh ya, untuk praktikal kali ini, aku hanya praktikal di sebuah masjid daerah yang terletak berhampiran dengan rumahku. Kenapa aku pilih masjid? kerana aku sendiri ada jawapannya.
Hari ini, merupakan hari kedua aku praktikal disini. Ya, hari ini, ada pengajaran untuk aku lagi. Untuk hari ini, sesudah mata begitu letih menghadap monitor komputer, aku ke ruangan wuduk seketika untuk mencuci muka. Mencari kembali kesegaran bagi meneruskan tuigas yang diberi. selesai mencuci muka, aku lihat terdapat seorang pak cik berlegar-legar di sekitar masjid, sekejap ke depam, kemudian kebelakang. Kemudian pusing sekeliling masjid bagai mencari sesuatu. terlihat gusar diwajah kedutnya. jelas menunjukkan, pak cik tersebut telah dimamah usia. Tidak lama kemudian, pak cik tersebut menghampiri aku. lalu keluar satu soalan dari bibir tuanya.
"Nak, anak ada nampak tak seorang perempuan kat sini?"tanya pak cik tersebut.
"maaf pak cik, saya tak nampak sesiapa pun kat sini" jawab aku.. Kejup ye pak cik, mungkin anak pak cik ada di ruang solat wanita. Memang benar telahan aku. Seorang anak gadis sedang duduk di satu penjuru diruangan solat wanita dalam keadaan yang pelik.
lalu gadis tersebut bersuara. " Ayah kejup ye, penat la nak duduk kejup". Bicara yang keluar dari gadis tesebut sambil berjalan ke arah pak cik tersebut, lalu duduk di depan pintu.
"baiklah. duduklah dulu, lepas tu kita balik ye.. kata pak cik tersebut". Lihat diwajahnya, kasih seorang ayah.
Kemudian pak cik tersebut menghampiri aku lalu berkata "anak pak cik sakit nak".
oh baru aku tahu, gadis tersebut sakit. sakit yang tidak aku ketahui. namun, lihat dari wajah pak cik tersebut, jelas tergambar bahawa beliau terlalu risaukan anak gadisnya.
kemudian gadis tersebut, bangkit kembali. cepat-cepat pak cik tersebut berjalan ke arah anaknya.
"kita balik ya". kata pak cik tersebut..
lalu kedua-duanya meninggalkan kawasan masjid..
Jika dilihat dari luarannya keadaan ini sememangnya keadaan biasa. bagai tiada apa-apa yang perlu dipeduli. Namun, bagi aku keadaan ini, merupakan suatu pengajaran yang diberikan oleh Allah yang perlu aku ambil. kerana Allah tak hadirkan sesuatu perkara dengan sia-sia. semuanya ada maksud tersirat yang perlu difahami. disinilah aku lihat, walau ayah seorang yang selalu biasa-biasa dimata kita, tapi risau, sayang dan kasihnya pada kita juga melebih segalanya. sama kasihnya dengan kasih ibu.. Tiba-tiba hati ini rindu pada arwah ayah yang dah setahun pergi meninggalkan aku. Jika dikenang jasanya pada aku..banyak..tak mampu untuk dihitung... Al fatihah heroku dunia akhirat... Haji Mukri Bin Haji Ismail...
kita rindu... :')
Sunday, 3 April 2016
Dia yang dulu...
Mana dia yang dulu..
hilang dan tidak lagi ketemu..
lenyap dalam arus kemodenan..
hilang dalam hitam kegelapan..
mahu..
mahu yang dulu..
patuhnya pada yang satu..
cerianya mengikut ajaran..
tak lena dengan pujian..
kini..
dia pergi bagai tidak mahu kembali..
aku rindu..
pada aku yang dulu..
Hidup ini indah jika aku masih ingat dengan janji aku suatu ketika dahulu. Janji yang mana aku mahu patuh pada Dia saat aku hadir dalam dunia. Namun, sebaik sahaja aku melangkah dalam alam yang berbeza, rupanya janji itu terus aku lupa. Hidup yang aku sangka indah, hakikatnya teruk tanpa disangka. Lalu aku terus mencari, mana sebenarnya bahagia dan keindahan dalam hidup ini. Aku sangka tiada yang indah di dunia ini. Ini kerana seringkali aku diuji sehingga aku jatuh tersungkur dan sukar untuk berdiri kembali. Dunia kejam bagi aku..Kejam kerana tidak pernah sekali bebaik denganku..
itu sangkaan ku..itu kata diriku yang jahil dengan ilmu..
lalu suatu ketika, hidayah milikNya hadir tanpa dipinta. aku teringat akan janjiku. yang mana hidup aku ada tugasnya. dari situ baru ku tahu tujuan hidup. Mengapa seringkali kali aku tersungkur sudah aku temu jawabnya. tak pelik jika aku sering menyalahkan apa yang ada. kerana aku sendiri tak pernah faham apa yang aku ingini..perlahan-lahan aku cuba dekatkan diri. Dekatkan diri pada Illahi..akhirnya setiap jawapan aku perolehi. aku jumpa aku yang dulu yang diawalnya aku sudah memahat janji..
aku mahu dunia yang indah untuk aku bawa bersama hingga ke syurga...
Saturday, 2 April 2016
Langkah....
Langkah
satu langkah yang payah
ada kebahagian di akhirnya
cuma perlu tabah tika melakukannya
suatu hari..
senyuman terukir dari langkah yang berani
dari susah yang telah dia hadapi
dari sakit yang telah dia rasai
cuma dia perlu berani..
cuma dari satu langkah.....
Untuk sejenak ketika, aku terfikir akan bahagianya orang berjaya. Hidup dalam keadaan serba ada, bahagia bersama keluarga dan teman. Aku lihat tiada kesusahan yang dia hadapi. Mukanya sentiasa senyum berseri-seri. Aish, untung hidupnya.. Itu pandangan luaran aku tentang dia.
Rupanya....
Sebelum dia mampu senyum begitu, sebelum dia hidup dalam gembira, sebelum dia ada segalanya..
dia payah untuk berjaya. Dia beranikan diri untuk mencuba. Keringatnya tidak pernah dipersia.
Bermula awal muda remaja, pencarian dia mencari ilmu jarang di sia-sia, waktu belajarnya bersungguh bagai hari ini hari akhir hidupnya. Waktu lapangnya bukan untuk bersuka ria. Tapi diguna dengan penuh manfaat. Kerjanya kuat, berani mencuba walau dia tahu besar risikonya. Tak pernah dia takut kerana dia tahu itu benar. Sekali dia jatuh, kuatnya dia untuk bangun semulah.
Paling utama, aku lihat.. sama Tuhan dia tidak pernah lupa...
Nah...
Tidak hairan begitu berjayanya hidup dia..
Thursday, 3 March 2016
Mula Kata
Lumrah hidup, pasti ada permulaan dan penutup. Maka, untuk
permulaan blog ini, aku pahatkan permulaan kata. Untuk permulaan, untuk
pengenalan..tak kenal maka tak cinta,.. itu kata-kata orang dahulu kala..
Menggunakan nama “budak kaca mata” aku tergerak nak menulis blog ni. “budak
kaca mata” adalah diri aku, yang menggunakan kaca mata sebagai pelengkap untuk
mengisi kekurangan yang ada pada diri aku iaitu rabun. Lumrah hidup, dalam
kelebihan pasti ada kekurangan. Hebat bukan keadaan yang Allah ciptakan?
Disebalik cerita-cerita yang ingin aku pahatkan, terdapat ramai yang hadir
dalam diam untuk beri aku pengajaran bahawa hidup ini unik untuk diceritakan
serta dikongsi. Blog yang menceritakan perjalan dalam kehidupan.. Bukan
kehidupan aku saja, tapi kehidupan kita semua.. Tergerak jari ini untuk menari-nari atas keyboard juga
adalah untuk berkongsi bahawa dalam hidup kita ini, kita boleh berjaya dengan
apa yang kita ada. Tapi, mesti, wajib ikut landasan yang benar.
Hidup yang indah, hidup yang sempurna adalah hidup yang
diredhai olehNya..
Terimalah titipan dari insan kerdil ini…..
Subscribe to:
Comments (Atom)


