Langkah
satu langkah yang payah
ada kebahagian di akhirnya
cuma perlu tabah tika melakukannya
suatu hari..
senyuman terukir dari langkah yang berani
dari susah yang telah dia hadapi
dari sakit yang telah dia rasai
cuma dia perlu berani..
cuma dari satu langkah.....
Untuk sejenak ketika, aku terfikir akan bahagianya orang berjaya. Hidup dalam keadaan serba ada, bahagia bersama keluarga dan teman. Aku lihat tiada kesusahan yang dia hadapi. Mukanya sentiasa senyum berseri-seri. Aish, untung hidupnya.. Itu pandangan luaran aku tentang dia.
Rupanya....
Sebelum dia mampu senyum begitu, sebelum dia hidup dalam gembira, sebelum dia ada segalanya..
dia payah untuk berjaya. Dia beranikan diri untuk mencuba. Keringatnya tidak pernah dipersia.
Bermula awal muda remaja, pencarian dia mencari ilmu jarang di sia-sia, waktu belajarnya bersungguh bagai hari ini hari akhir hidupnya. Waktu lapangnya bukan untuk bersuka ria. Tapi diguna dengan penuh manfaat. Kerjanya kuat, berani mencuba walau dia tahu besar risikonya. Tak pernah dia takut kerana dia tahu itu benar. Sekali dia jatuh, kuatnya dia untuk bangun semulah.
Paling utama, aku lihat.. sama Tuhan dia tidak pernah lupa...
Nah...
Tidak hairan begitu berjayanya hidup dia..
No comments:
Post a Comment