Tuesday, 20 December 2016

PAK CIK ITU...


al Fatihah buat mu ayah :')


Setiap hari ada pengajaran...

aku mulakan entry aku yang pertama dengan kisah aku ditempat praktikal. Yaa....aku praktikal lagi. Praktikal kali kedua bagi memenuhi syarat untuk aku konvo. Praktikal aku yang pertama di sebuah penjara. Mungkin akan aku cerita tentang pengajaran yang aku dapat ketika di praktikal disana pada entry seterusnya. oh ya, untuk praktikal kali ini, aku hanya praktikal di sebuah masjid daerah yang terletak berhampiran dengan rumahku. Kenapa aku pilih masjid? kerana aku sendiri ada jawapannya.

Hari ini, merupakan hari kedua aku praktikal disini. Ya, hari ini, ada pengajaran untuk aku lagi. Untuk hari ini, sesudah mata begitu letih menghadap monitor komputer, aku ke ruangan wuduk seketika untuk mencuci muka. Mencari kembali kesegaran bagi meneruskan tuigas yang diberi. selesai mencuci muka, aku lihat terdapat seorang pak cik berlegar-legar di sekitar masjid, sekejap ke depam, kemudian kebelakang. Kemudian pusing sekeliling masjid bagai mencari sesuatu. terlihat gusar diwajah kedutnya. jelas menunjukkan, pak cik tersebut telah dimamah usia. Tidak lama kemudian, pak cik tersebut menghampiri aku. lalu keluar satu soalan dari bibir tuanya.

"Nak, anak ada nampak tak seorang perempuan kat sini?"tanya pak cik tersebut.

"maaf pak cik, saya tak nampak sesiapa pun kat sini" jawab aku.. Kejup ye pak cik, mungkin anak pak cik ada di ruang solat wanita. Memang benar telahan aku. Seorang anak gadis sedang duduk di satu penjuru diruangan solat wanita dalam keadaan yang pelik.

lalu gadis tersebut bersuara. " Ayah kejup ye, penat la nak duduk kejup". Bicara yang keluar dari gadis tesebut sambil berjalan ke arah pak cik tersebut, lalu duduk di depan pintu.

"baiklah. duduklah dulu, lepas tu kita balik ye.. kata pak cik tersebut". Lihat diwajahnya, kasih seorang ayah.

Kemudian pak cik tersebut menghampiri aku lalu berkata "anak pak cik sakit nak".

oh baru aku tahu, gadis tersebut sakit. sakit yang tidak aku ketahui. namun, lihat dari wajah pak cik tersebut, jelas tergambar bahawa beliau terlalu risaukan anak gadisnya.

kemudian gadis tersebut, bangkit kembali. cepat-cepat pak cik tersebut berjalan ke arah anaknya.

"kita balik ya". kata pak cik tersebut..

lalu kedua-duanya meninggalkan kawasan masjid..

Jika dilihat dari luarannya keadaan ini sememangnya keadaan biasa. bagai tiada apa-apa yang perlu dipeduli. Namun, bagi aku keadaan ini, merupakan suatu pengajaran yang diberikan oleh Allah yang perlu aku ambil. kerana Allah tak hadirkan sesuatu perkara dengan sia-sia. semuanya ada maksud tersirat yang perlu difahami. disinilah aku lihat, walau ayah seorang yang selalu biasa-biasa dimata kita, tapi risau, sayang dan kasihnya pada kita juga melebih segalanya. sama kasihnya dengan kasih ibu.. Tiba-tiba hati ini rindu pada arwah ayah yang dah setahun pergi meninggalkan aku. Jika dikenang jasanya pada aku..banyak..tak mampu untuk dihitung... Al fatihah heroku dunia akhirat... Haji Mukri Bin Haji Ismail...

kita rindu... :')


Sunday, 3 April 2016

Dia yang dulu...

Mana dia yang dulu..
hilang dan tidak lagi ketemu..
lenyap dalam arus kemodenan..
hilang dalam hitam kegelapan..

mahu..
mahu yang dulu..
patuhnya pada yang satu..
cerianya mengikut ajaran..
tak lena dengan pujian..

kini..

dia pergi bagai tidak mahu kembali..
aku rindu..
pada aku yang dulu..


Hidup ini indah jika aku masih ingat dengan janji aku suatu ketika dahulu. Janji yang mana aku mahu patuh pada Dia saat aku hadir dalam dunia. Namun, sebaik sahaja aku melangkah dalam alam yang berbeza, rupanya janji itu terus aku lupa. Hidup yang aku sangka indah, hakikatnya teruk tanpa disangka. Lalu aku terus mencari, mana sebenarnya bahagia dan keindahan dalam hidup ini. Aku sangka tiada yang indah di dunia ini. Ini kerana seringkali aku diuji sehingga aku jatuh tersungkur dan sukar untuk berdiri kembali. Dunia kejam bagi aku..Kejam kerana tidak pernah sekali bebaik denganku..
itu sangkaan ku..itu kata diriku yang jahil dengan ilmu..
lalu suatu ketika, hidayah milikNya hadir tanpa dipinta. aku teringat akan janjiku. yang mana hidup aku ada tugasnya. dari situ baru ku tahu tujuan hidup. Mengapa seringkali kali aku tersungkur sudah aku temu jawabnya. tak pelik jika aku sering menyalahkan apa yang ada. kerana aku sendiri tak pernah faham apa yang aku ingini..perlahan-lahan aku cuba dekatkan diri. Dekatkan diri pada Illahi..akhirnya setiap jawapan aku perolehi. aku jumpa aku yang dulu yang diawalnya aku sudah memahat janji..

aku mahu dunia yang indah untuk aku bawa bersama hingga ke syurga...


Saturday, 2 April 2016

Langkah....

Langkah
satu langkah yang payah
ada kebahagian di akhirnya
cuma perlu tabah tika melakukannya

suatu hari..
senyuman terukir dari langkah yang berani
dari susah yang telah dia hadapi
dari sakit yang telah dia rasai
cuma dia perlu berani..

cuma dari satu langkah.....


Untuk sejenak ketika, aku terfikir akan bahagianya orang berjaya. Hidup dalam keadaan serba ada, bahagia bersama keluarga dan teman. Aku lihat tiada kesusahan yang dia hadapi. Mukanya sentiasa senyum berseri-seri. Aish, untung hidupnya.. Itu pandangan luaran aku tentang dia.

Rupanya....

Sebelum dia mampu senyum begitu, sebelum dia hidup dalam gembira, sebelum dia ada segalanya..
dia payah untuk berjaya. Dia beranikan diri untuk mencuba. Keringatnya tidak pernah dipersia.
Bermula awal muda remaja, pencarian dia mencari ilmu jarang di sia-sia, waktu belajarnya bersungguh bagai hari ini hari akhir hidupnya. Waktu lapangnya bukan untuk bersuka ria. Tapi diguna dengan penuh manfaat. Kerjanya kuat, berani mencuba walau dia tahu besar risikonya. Tak pernah dia takut kerana dia tahu itu benar. Sekali dia jatuh, kuatnya dia untuk bangun semulah. 
Paling utama, aku lihat.. sama Tuhan dia tidak pernah lupa...
Nah...
Tidak hairan begitu berjayanya hidup dia..


Thursday, 3 March 2016

Mula Kata


Lumrah hidup, pasti ada permulaan dan penutup. Maka, untuk permulaan blog ini, aku pahatkan permulaan kata. Untuk permulaan, untuk pengenalan..tak kenal maka tak cinta,.. itu kata-kata orang dahulu kala.. Menggunakan nama “budak kaca mata” aku tergerak nak menulis blog ni. “budak kaca mata” adalah diri aku, yang menggunakan kaca mata sebagai pelengkap untuk mengisi kekurangan yang ada pada diri aku iaitu rabun. Lumrah hidup, dalam kelebihan pasti ada kekurangan. Hebat bukan keadaan yang Allah ciptakan? Disebalik cerita-cerita yang ingin aku pahatkan, terdapat ramai yang hadir dalam diam untuk beri aku pengajaran bahawa hidup ini unik untuk diceritakan serta dikongsi. Blog yang menceritakan perjalan dalam kehidupan.. Bukan kehidupan aku saja, tapi kehidupan kita semua.. Tergerak  jari ini untuk menari-nari atas keyboard juga adalah untuk berkongsi bahawa dalam hidup kita ini, kita boleh berjaya dengan apa yang kita ada. Tapi, mesti, wajib ikut landasan yang benar.
Hidup yang indah, hidup yang sempurna adalah hidup yang diredhai olehNya..

Terimalah titipan dari insan kerdil ini…..