Mana dia yang dulu..
hilang dan tidak lagi ketemu..
lenyap dalam arus kemodenan..
hilang dalam hitam kegelapan..
mahu..
mahu yang dulu..
patuhnya pada yang satu..
cerianya mengikut ajaran..
tak lena dengan pujian..
kini..
dia pergi bagai tidak mahu kembali..
aku rindu..
pada aku yang dulu..
Hidup ini indah jika aku masih ingat dengan janji aku suatu ketika dahulu. Janji yang mana aku mahu patuh pada Dia saat aku hadir dalam dunia. Namun, sebaik sahaja aku melangkah dalam alam yang berbeza, rupanya janji itu terus aku lupa. Hidup yang aku sangka indah, hakikatnya teruk tanpa disangka. Lalu aku terus mencari, mana sebenarnya bahagia dan keindahan dalam hidup ini. Aku sangka tiada yang indah di dunia ini. Ini kerana seringkali aku diuji sehingga aku jatuh tersungkur dan sukar untuk berdiri kembali. Dunia kejam bagi aku..Kejam kerana tidak pernah sekali bebaik denganku..
itu sangkaan ku..itu kata diriku yang jahil dengan ilmu..
lalu suatu ketika, hidayah milikNya hadir tanpa dipinta. aku teringat akan janjiku. yang mana hidup aku ada tugasnya. dari situ baru ku tahu tujuan hidup. Mengapa seringkali kali aku tersungkur sudah aku temu jawabnya. tak pelik jika aku sering menyalahkan apa yang ada. kerana aku sendiri tak pernah faham apa yang aku ingini..perlahan-lahan aku cuba dekatkan diri. Dekatkan diri pada Illahi..akhirnya setiap jawapan aku perolehi. aku jumpa aku yang dulu yang diawalnya aku sudah memahat janji..
aku mahu dunia yang indah untuk aku bawa bersama hingga ke syurga...